GALERI BERSAMA PNB
19 Mei 2009
   
     
 
Ketua Menteri Sarawak, Yang Amat Berhormat Pehin Sri Dato’ Haji Abdul Taib Mahmud melancarkan Program ‘Bersama PNB 2009’ sambil diperhatikan oleh Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid dan Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Dato’ Hamad Kama Piah bin Che Othman.
 
Turut dipersembahkan di majlis perasmian adalah sebuah sketsa 'Jiran Sekampung' bertujuan untuk menyampaikan mesej galakan dan kebaikan pelaburan. Program ini merupakan sebuah rancangan lawak jenaka yang amat popular di dalam kalangan masyarakat negeri Sarawak.
     
 
YAB Ketua Menteri Sarawak turut merasmikan dewan pameran Program Bersama PNB 2009 yang menyaksikan penglibatan dan sokongan padu daripada 30 peserta pameran yang terdiri daripada syarikat-syarikat pelaburan PNB, badan kawal selia dan agensi-agensi kerajaan.
 
Maskot rakan Matematik, Along, Angah dan Acik, karakter dari program televisyen Along Bijak turut menyambut ketibaan YAB Ketua Menteri Sarawak di dewan pameran Program Bersama PNB 2009.
     
 
Tan Sri Dato’ Hamad Kama Piah bin Che Othman menunjukkan keratan akhbar mengenai program pendidikan pelaburan PNB yang dilancarkan oleh YAB Ketua Menteri pada tahun 1988.
 
YAB Ketua Menteri memecahkan ukiran ais untuk mengeluarkan plak penghargaan sempena lawatan beliau ke gerai pameran Amanah Mutual Berhad, anak syarikat milik penuh ASNB.

 

 [ >> ]