PEROLEHAN

 

PEROLEHAN

Oleh kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sedang berkuat kuasa, notis tender PNB disiarkan dalam talian untuk memudahkan syarikat/kontraktor untuk mengambil bahagian.

NOTIS TENDER PRA-KELAYAKAN

PRA-KELAYAKAN BAGI PENGURUS BANGUNAN

Permodalan Nasional Berhad berhasrat untuk mempelawa pembida dari Pengurus Bangunan yang layak bagi menguruskan bangunan-bangunan di sekitar Lembah Klang.

Tender pra-kelayakan ini adalah terbuka kepada Pengurus Bangunan yang arif dan mempunyai pengalaman berkaitan secara langsung, kemampuan kewangan dan sumber-sumber pengurusan untuk mengendalikan dan menguruskan bangunan-bangunan tersebut.

Pengurus Bangunan yang menyertai pra-kelayakan ini mestilah berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta.

Dokumen-dokumen pra-kelayakan boleh didapati dengan menghantar e-mel kepada Jabatan Perolehan, PNB di nderased@pnb.com.my bermula dari 19 sehingga 20 Mei 2020.

Permohonan harus dibuat dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris dan semua maklumat yang dikehendaki mesti disokong dengan dokumen-dokumen yang perlu. Dokumen-dokumen pra-kelayakan yang telah dilengkapi dan ditandatangani pemohon hendaklah dihantar secare elektronik kepada nderased@pnb.com.my pada atau sebelum 8 Jun 2020 (Sebelum 3 petang).

Permodalan Nasional Berhad berhak untuk mengesahkan semua kenyataan yang dihantar oleh pemohon dan juga berhak menerima atau menolak mana-mana permohonan. Semua perbelanjaan yang terlibat dengan pra-kelayakan ini ditanggung oleh pemohon. Hanya pemohon yang disenarai pendek akan dimaklumkan.