PELABURAN KAMI

 

PELABURAN PERSENDIRIAN

Pelaburan persendirian telah menjadi sebahagian daripada portfolio PNB sejak penubuhannya pada 1978. Kini, portfolio PNB terdiri daripada pelaburan langsung dalam syarikat-syarikat swasta sama ada dalam bentuk kepentingan kawalan atau pegangan saham minoriti yang besar, serta pelaburan tidak langsung melalui pengurusan dana Penyumberan Luar menerusi dana ekuiti persendirian global.

STRATEGI PERUNTUKAN MODAL

Strategi penyebaran berpandukan Rangka Kerja Pelaburan Persendirian Private Investment Framework (PIF) dilaksanakan bermula tahun 2018. PIF bertujuan untuk mempelbagaikan lagi aset PNB kepada kelas aset ekuiti persendirian domestik dan global.

(PIF) membandingkan langkah-langkah yang berbeza dan pendekatan analitikal untuk mengkaji impak nilai bagi setiap keputusan dengan menggunakan amalan terbaik global bagi modal pelaburan ekuiti persendirian. Ini membolehkan kami memastikan modal yang digunakan adalah demi kepentingan terbaik pemegang unit dan akhirnya meninggalkan impak langsung dan berkekalan pada nilai jangka panjang pelaburan.

SEKTOR SASARAN UNTUK PELABURAN LANGSUNG

PERKHIDMATAN KEWANGAN

INFRASTRUKTUR

PENGGUNA

PERINDUSTRIAN & PEMBUATAN

PELANCONGAN & PERCUTIAN

TEKNOLOGI

PENJAGAAN KESIHATAN & FARMASEUTIKAL

PENDIDIKAN

STRATEGI UTAMA UNTUK KOMITMEN PENGURUSAN DANA PENYUMBERAN LUAR

Fokus pada komitmen ke arah kuartil teratas global 'Private Equity Managers' dalam strategi utama seperti Buyout, Growth dan Secondaries





Komitmen Modal Tahunan untuk Pengurusan Dana Penyumberan Luar (OFM)

ANTARA PELABURAN TERKAWAL

ANTARA PELABURAN MINORITI